Tutorial Photoshop 2: Efek Cerminan (mirror) pada Logo

Anda pasti biasa lihat efek jenis ini (mirror) pada beberapa design seperti ebook, blog/website header, logo dan macam2 lagi. Untuk sesi kali ni, saya akan menunjukkan satu teknik mudah untuk melakukannya. Efek yang anda hasilkan pasti kelihatan seolah2 ‘hidup’.
1- Klik Ctrl + N (atau File kemudian New.. untuk membuat fail baru),
Letakkan saiz ukuran canvas yang anda mahukan (Width 400 pixels,Height 200 pixels sbg contoh) Klik OK

2- Klik Layer, New.. Namakan sebagai ‘background’. Tukarkan warna pada ’set background color’ .
. Saya memilih warna hitam sebagai contoh. Selepas itu, klik Paint Bucket Tool
dan klik pada layer asal..

kemudian masukkan Teks kesukaan anda (shortcut ‘T‘) (saya memberi contoh ‘mdpai’ dgn warna putih). Hasilnya adalah seperti ini

3. Konsep cerminan terbahagi 2, iaitu ‘objek’ dan ‘imej’. Teks ‘mdpai’ putih tadi kita anggap sebagai objek. Sekarang, kita ciptakan satu imej cerminan pula. Klik kanan pada Layer ‘mdpai’ dan pilih ‘Duplicate Layer‘, Namakan layer ini sebagai “mdpai mirror”. Lihat gambar di bwah.


4.Sekarang ada 2 objek yg serupa. Tukarkan warna imej (mdpai mirror) itu utk membezakannya dengan objek asal. Double click pada layer ‘mdpai mirror’
.
Tukarkan warna yang anda rasakan sesuai seperti rajah di bawah. *saya pilih warna oren.

kini layer “mdpai mirror” menjadi warna oren.
5.Klik Move Tool, dan tandakan pada Show Bounding Box. Lihat gambar di bawah.

Kemudian klik pada titik tengah dan tarikkan dari atas ke bawah. Ikut seperti gambarajah di bawah.

Gerakkan ke bawah sedikit imej mirror itu dgn mouse anda. Hasilnya seperti di bawah ini.

6. Ubahkan format teks ‘mdpai mirror’ itu tadi kepada format ‘Type’. (ingat, anda tidak boleh mengubahnya semula kepada bentuk teks selepas ini) Klik “Layer“, “Resterize“,”Type” seperti rajah di bawah,

hasilnya.. format Teks untuk layer “mdpai mirror” telah berubah kepada format Type seperti di bawah.

7. Kita tambahkan kekemasan mdpai mirror tu untuk menampakkan ia ‘hidup’. Kita akan gunakan tool “Eraser” utk tujuan ini. Klikkan ikon pemadam, ubahkan setting seperti gambar di bawah.(setkan Opacity 25%, Mode Paintbrush, Brush 35)

8. Baiklah, kita mulakan kerja-kerja pemadaman yang berperingkat2.. Klik (jangan lepas) pada bahagian yang ditunjukkan seperti rajah di bawah.

Kemudian, lepaskan klik. Ulang lagi proses tadi pada kawasan yang lebih rendah sedikit berbanding proses sebelumnya.Lihat gambar di bawah.




dan teruskan pengulangan sehingga anda mendapatkan kesan cerminan yang terbaik.
9. Tamat.. anda bolehlah Save kan imej ini kepada bentuk JPG, GIF, BMP dan sebagainya (klik “File” dan “Save As..”)
Contoh lain yang dah saya dah siapkan. Lihat bawah.

SELAMAT MENCUBA KAWAN2…


